empty
 
 

Semoga Ramadan kali ini dipenuhi dengan ketenangan dan limpah rahmatNya

01.04.2022 07:13 PM

Para pelanggan Muslim yang dihormati,

Kami dengan sukacitanya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Kedatangan bulan suci ini melambangkan penyucian fizikal dan rohani, pengukuhan iman, dan pertumbuhan rohani. Ia menyuburkan toleransi dan kerendahan hati, pemikiran dan perbuatan yang baik. Ini adalah masa terbaik untuk memperbanyakan ibadah dan amalan soleh.

Ramadan amat sinonim dengan kepentingan beramal, berbuat kebaikan, membantu insan yang memerlukan, serta memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan. Perbuatan seperti ini akan dapat menyatukan kita, menjadikan kita sebagai insan yang lebih baik. Ia juga membantu mengekalkan keamanan dan keharmonian di seluruh dunia.

Kami mengharapkan kehadiran bulan yang mulia ini turut disambut dengan rasa insaf dan syukur atas ujian, rahmat dan nikmat. Semoga Ramadan kali ini akan dipenuhi dengan pengisian bermakna dan lebih banyak beramal kebaikan! Kami mendoakan anda beroleh ketenangan dan keharmonian dalam jiwa anda, kebahagiaan, cinta, persefahaman bersama, dan juga kesejahteraan!

Yang benar,

Kumpulan InstaForex

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget