empty
 
 
20.12.2022 03:49 PM

Pada musim luruh ini, Pasukan Loprais InstaForex mengejutkan peminat Rali Dakar dengan berita baik. Pasukan itu telah menambah dua trak Tatra lagenda. Selain itu, trak PRAGA V4S DKR miliknya telah dimasukkan ke dalam senarai trak yang tersedia dalam permainan video yang paling dinantikan - Dakar Desert Rally.

Kerjasama antara InstaForex, syarikat fintech antarabangsa, dan Pasukan Loprais telah bermula lebih 10 tahun lalu. Pasukan Loprais InstaForex mempamerkan prestasi terbaik pada tahun 2011, apabila pasukan ini memenangi peraduan Rali Silk Way. Sejak itu, pasukan ini telah meraih banyak kemenangan. Bersama-sama kami, tetap berazam untuk memenangi lebih banyak perlumbaan dan meraih trofi kejuaran baharu.

Sejak 2012, Pasukan Loprais InstaForex, yang diketuai oleh pamandu Czech berpengalaman, Ales Loprais, telah menyertai Rali Dakar setiap tahun, maraton selama beberapa hari. Perlumbaan ini dianggap sebagai yang terbesar dan paling sukar di planet ini. Pasukan Loprais InstaForex telah menunjukkan hasil yang menakjubkan sejak tahun pertama penyertaannya.

Ales Loprais adalah merupakan juara dalam siri peraduan serta ketua pasukan yang cemerlang. Beliau meneruskan tradisi keluarga dan menjadi pelumba. Bapa saudaranya, pemandu terkenal Karel Loprais, memenangi peraduan Rali Dakar yang melelahkan dan sukar sebanyak 6 kali.

Karel Loprais meninggal dunia tahun lepas. Pasukan Loprais InstaForex memutuskan untuk memberikan penghormatan dengan membaik pulih 2 trak legenda - Tatra Puma dan Tatra T815 HAS. Karel Loprais memenangi banyak perlumbaan di belakang trak berkuasa itu. Tidak lama lagi, trak-trak ini akan kembali mengambil bahagian dalam Rali Dakar.

Sekiranya anda gemar bermain permainan video, anda berpeluang untuk merasai bagaimana rasanya menjadi sebahagian daripada Pasukan Loprais InstaForex. Pada awal Oktober, permainan Dakar Desert Rally yang ditunggu-tunggu telah dilancarkan secara rasmi. Menurut pembangun permainan tersebut, permainan video ini ternyata menjadi pengembaraan perlumbaan rali off-road terbesar dan paling epik yang pernah dibuat. Dakar Desert Rally menampilkan versi maya Praga V4S DKR, trak Ales Loprais.

Menariknya, Praga V4S DKR ialah trak dengan kekuatan 1.150 kuasa kuda yang telah berada dalam senarai trak yang tersedia dalam permainan Dakar sejak 2020. Pemain permainan ini berpeluang untuk merasai enjin trak yang kuat sewaktu mengemudi pasir dan bukit pasir berbahaya di gurun Arab, terutamanya dalam keadaan cuaca yang paling ekstrem.

Pada masa ini, pasukan sedang mempersiapkan Praga V4S DKR untuk musim Rali Dakar baharu, yang dijadualkan pada Januari 2023. Sama seperti rali sebelum ini, rali ini berkemungkinan akan membawa cabaran yang lebih sukar.

Rali Dakar akan berlangsung tidak lama lagi. Kami yakin bahawa Pasukan Loprais InstaForex akan menunjukkan hasil yang luar biasa dengan sokongan padu kami sekali lagi. InstaForex ialah sebuah syarikat yang mewakili kejayaan dan komitmen yang kuat untuk meraih kemenangan.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget