empty
 
 

Menyediakan akses kepada pendidikan di seluruh dunia bersama Thinking Huts

26.12.2022 01:50 PM

Lebih daripada 250 juta kanak-kanak di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada pendidikan ekoran daripada lebihan penduduk atau kekurangan sekolah. Di InstaForex, kami memahami akan keperluan pendidikan dan betapa pentingnya untuk kanak-kanak dalam membuat pilihan serta membina masa depan mereka sendiri. Justeru, kami telah bekerjasama dengan Thinking Huts untuk meluaskan akses kepada pendidikan dan memberi lebih banyak peluang kepada generasi muda

Thinking Huts merupakan sebuah organisasi bukan untung (NPO) yang membangunkan penyelesaian teknologi kemanusiaan yang inovatif dengan kerjasama komuniti tempatan untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di seluruh dunia. Membina sekolah menggunakan kaedah pembinaan tradisional boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun. Namun proses boleh dikurangkan kepada beberapa minggu sahaja dengan percetakan 3D.

Bersama-sama dengan Thinking Huts, kami ingin memainkan peranan kami dalam membina masa depan di mana pendidikan berkualiti tersedia di kawasan yang paling diperlukan. Pada 14 April 2022, sekolah cetakan 3D pertama telah dibuka di Fianarantsoa, Madagascar, dengan kerjasama Ecole de Management et d'Innovation Technologique (EMIT). Ia kini mempunyai sejumlah 2,500 murid.

Kami sangat berbesar hati untuk menyumbang kepada pembangunan ini dan berharap lebih banyak sekolah akan dibuka tidak lama lagi di seluruh pelosok paling terpencil di dunia. Bersama-sama dengan itu, kita boleh membina masa depan di mana pendidikan adalah diutamakan!

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget