empty
 
 
06.03.2019 03:52 AM
EURUSD: Laporan baik dari zon eropah menginspirasi keyakinan pelabur dan pedagang

Hari ini, beberapa laporan ekonomi utama dijadualkan akan dikeluarkan, walaupun secara tidak langsung, bahawa ekonomi Eropah dengan mudah dapat bertahan dalam kemelesetan daripada yang dijangkakan sebelumnya. Pada bulan Januari, indeks di beberapa negara dalam sektor perkhidmatan bergerak di bawah paras 50, yang menunjukkan penurunan dalam pertumbuhan, maka data bulan Februari adalah lebih optimis.

Oleh itu, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Itali pada bulan Februari mencatatkan bacaan 50.4 mata, sementara pada bulan Januari indeks berada pada tahap 49.7 mata. Ahli ekonomi telah meramalkan skor sekitar 49.2 mata.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) untuk Perancis pada Februari meningkat kepada 50.2 mata, sementara ia disasarkan 49.8 mata. Kembali pada bulan Januari, indeks mencatatkan 47.8.

Jerman terus menjadi peneraju di zon eropah. Indeks pengurus pembelian PMI yang sama untuk sektor perkhidmatan meningkat kepada 55.3 mata pada bulan Februari, sementara ia diunjurkan pada 55.1 mata. Pada bulan Januari, indeks mencatatkan bacaan 53.0 mata.

Bagi kawasan euro secara keseluruhannya, indeks pengurus pembelian untuk sektor perkhidmatan mencatatkan bacaan pada tahap 52.8 mata pada bulan Februari berbanding 51.2 mata pada bulan Januari, yang pastinya membuatkan pengawal selia Eropah berada lega. Indeks meramalkan bacaan 52.3 mata.

PMI komposit zon eropah juga sedikit meningkat pada bulan Februari dengan mencatatkan bacaan 51.9 mata berbanding 51.0 mata pada bulan Januari, sementara ramalan mengunjurkan 51.4 mata.

Laporan yang positif mengenai jualan runcit di zon eropah juga merupakan isyarat pemulihan ekonomi Eropah. Menurut Biro Perangkaan Eropah, pertumbuhan jualan runcit di zon eropah diteruskan pada bulan Januari selepas ia membuat penurunan mendadak pada akhir 2018. Oleh itu, penjualan di kedai dan Internet pada bulan Januari meningkat sebanyak 1.3% berbanding Disember dan 2.2% berbanding Januari 2018.

This image is no longer relevant

Laporan ini menunjukkan bahawa sebab utama pertumbuhan jualan adalah peningkatan sentimen pengguna dan kenaikkan yang dipercepatkan dalam pendapatan.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang EURUSD, ia kekal tidak berubah berbanding ramalan pagi. Sekurang-kurangnya aliran menaik berjaya menghentikan penurunan euro.

Hanya penembsuan harga yang jelas pada tahap 1.1340 akan membolehkan instrumen dagangan mengekalkan pembetulan harga, yang akan membawa harga berdagang ke tahap tinggi 1.1370 dan 1.1405. Sekiranya berlaku penurunan harga yang selanjutnya pada euro, adalah lebih baik bergantung pada pesanan membeli di kawasan sokongan utama 1.1270 dan 1.1230.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget