empty
 
 
22.06.2020 03:02 AM
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR / USD. 22 Jun 2020. Minggu yang membosankan. Semua perhatian akan kembali tertumpu di AS. Kesinambungan pergerakan menurun mata wang euro adalah mungkin berlaku

Carta masa 4-jam

This image is no longer relevant

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menaik.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menaik.

Moving Average (MA) (20;) - menurun.

CCI: -154.1407

Pergerakan menurun adalah berterusan untuk pasangan mata wang euro / dolar sejak seminggu yang lalu. Oleh demikian, aliran pada masa ini sudah menurun dan tiada isyarat diperlukan untuk berubah menjadi yang menaik. Kami masih percaya bahawa mata wang euro sememangnya kekurangan dorongan potensi pertumbuhannya dalam tempoh masa terdekat, walaupun terdapat banyak faktor yang secara hipotetikal membolehkan euro kembali melonjak. Faktanya ialah sekarang pasaran menjadi tenang setelah panik yang berlaku pada bulan Mac dan April, namun, keadaan umum di dunia dan secara berasingan di AS dan Kesatuan Eropah tidak membenarkan pedagang melakukan aktiviti perdagangan mereka dengan cara biasa. Pertama, seluruh dunia kini sedang berada dalam krisis. Dan apabila tercetus krisis di halaman, maka tiada pertanyaan tentang sebarang penilaian perdagangan. Ramai peserta pasaran utama berusaha melindungi risiko mereka daripada kemungkinan jatuh dalam niaga hadapan, kebanyakkan mereka berusaha untuk berfikir jauh ke hadapan ekoran daripada pada masa kini seluruh dunia tahu betapa berbahayanya wabak "coronavirus" dan kesan pandemik itu terhadap ekonomi. Oleh demikian, pedagang tidak dapat melakukan perdagangan berikutan statistik makroekonomi, seperti sebelumnya. Dan statistik itu sendiri pada masa kini adalah kegagalan di Kesatuan Eropah, di UK, dan AS. Apa yang harus dilakukan oleh pedagang sekiranya pada hari Isnin terdapat pakej statistik yang gagal di AS, dan pada hari Selasa terdapat pakej yang sama gagal di EU? Pada setiap pakej berita, jual mata wang di negara penerbit yang mana kejatuhan penunjuk makroekonomi seterusnya? Walaupun kini, apabila penurunan secara langsung indikator seolah-olah telah ditangguhkan, tiada perbicaraan mengenai penstabilan atau pemulihan. "Coronavirus" masih belum dikalahkan. Wabak itu secara terus merebak dengan pantas di kebanyakkan negara di seluruh dunia. Walaupun di negara-negara yang nampaknya berjaya menangani wabak ini, tiada yang boleh terlepas dan bertahan dari gelombang baru. Justeru, keadaan umum di dunia tidak membenarkan anda berdagang dengan tenang sekarang. Kedua, ramai pedagang sebelum ini memberi perhatian kepada kadar utama dan dasar monetari negara-negara di mana perdagangan mata wang dilakukan. Dan kelebihan itu jelas bagi Amerika Syarikat. Tawaran yang sedikit tinggi, dasar yang sedikit berbentuk "hawkish". Walau bagaimanapun, kini semua bank pusat di dunia telah menurunkan kadar mereka hampir menjadi sifar (dan ada yang lebih rendah), jadi tiada keuntungan untuk Amerika Syarikat dan dolar AS. Selain itu, situasi adalah tidak jelas apakah kesan sebenar "krisis Coronavirus" bagi Kesatuan Eropah, Amerika dan negara-negara lain. Tidak jelas berapa banyak lagi gelombang wabak ini apabila penawarnya sudah dijumpai, juga apabila pengeluaran besar-besaran ubat ini bermula. Secara umum, sekarang terdapat sejumlah besar pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh sesiapa pun. Seperti yang dikatakan oleh Jerome Powell, pemulihan ekonomi akan bergantung secara langsung kepada hasil perjuangan menentang COVID-2019. Ketiga, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pada masa kini mempunyai sebilangan besar masalah dalaman sepertimana yang dinyatakan, yang masih belum diketahui bagaimana kerajaan kedua-dua negara akan akan mengatasinya. Di Kesatuan Eropah, permasalahan terbesar pada masa kini berkenaan dengan dana pemulihan sebanyak 750 bilion euro, yang sedang dipertimbangkan oleh 27 negara anggota pakatan itu. Walaupun semuanya bergantung pada kumpulan "Greedy Four" - Denmark, Belanda, Sweden, dan Austria. Perlu diingatkan bahawa negara-negara ini menentang untuk memberikan kelulusan kepada semua negara yang paling terjejas akibat "krisis coronavirus". Di Amerika Syarikat, krisis politik sedang meruncing, dan semakin ramai warga Amerika, ahli politik, ahli parti, dan hanya pegawai tinggi yang bersuara menentang Donald Trump. Trump sendiri secara menuduh semua pihakdalam sebarang bentuk perkara, secara teori, beliau perlu bertanggungjawab. Dan semua permasalahan ini diselesaikan dalam tempoh enam bulan sebelum pilihan raya presiden. Sementara itu, kita tidak boleh lupa bahawa konflik antara China dan Amerika masih belum hilang. "Perang dingin" masih berlangsung, namun, situasi adalah tidak jelas siapa yang akan meneruskannya sekiranya Trump tidak dipilih semula sebagai presiden? Adakah anda perasan bagaimana baru-baru ini Presiden Amerika berhenti memberi ulasan terhadap "coronavirus", berhenti menyalahkan China atas penyebaran wabak itu, dan tiada yang melihat bukti tentang kesalahan China? Oleh demikian, selain tambahan kepada perwatakan Donald Trump, terdapat juga krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan wabak itu sendiri, yang tidak dihalang. Situasi persekitaran ditambahkan pula dengan demonstrasi dan tunjuk perasaan berskala besar yang telah berlangsung selama tiga minggu, disebabkan oleh skandal rasis, dan kami mendapat gambaran yang sangat menarik, yang juga tidak jelas bagaimana ia akan mempengaruhi ekonomi Amerika dan dolar AS di masa depan.

Sebagai hasil daripada semua perkara di atas, kami secara terus mencadangkan agar pedagang memberi perhatian kepada faktor teknikal yang pada masa ini paling sesuai dengan apa yang berlaku di pasaran dan ramalan. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat sepenuhnya mengabaikan statistik makroekonomi, jadi kami akan mempertimbangkan laporan yang paling utama dan penting pada minggu depan. Pada hari Isnin, seperti yang sering terjadi, tiada statistik penting yang akan diterbitkan di AS atau EU. Hanya akan terdapat ucapan oleh Naib Presiden ECB Luis de Guindos, yang dari semasa ke semasa membuat kenyataan yang sangat menarik. Pada hari Selasa, indeks aktiviti perniagaan di sektor perkhidmatan, pembuatan dan komposit di Jerman, Perancis, dan Kesatuan Eropah akan dikeluarkan. Semua indeks dijangka terus berkembang pada bulan Jun, namun semuanya akan berada di bawah tahap utama 50.0, di mana bacaan angka di bawah paras ini menandakan industri itus sendiri dianggap semakin menyusut. Oleh demikian, sebarang nilai sebenar aktiviti perniagaan, kita hanya dapat melihat kelembapan dalam penurunan dan bukan pemulihan. Tidak ada lagi berita yang dirancang untuk minggu ini di Kesatuan Eropah. Justeru, memandangkan kepentingan laporan di atas yang lemah (hanya penilaian angka awal), tidak mungkin peserta pasaran memberi perhatian kepada data tersebut.

Sebagai keputusannya, sepanjang minggu untuk mata wang Eropah menjanjikan dinamik yang membosankan. Perbincangan pusingan seterusnya mengenai dana pemulihan tidak akan berlangsung sehingga bulan depan, dan tidak ada topik utama lain di EU pada ketika kini. Oleh demikian, pedagang akan sekali lagi memantau maklumat dari luar negara, yang kebanyakannya, walaupun sangat menarik dan penting, masih tidak mempengaruhi pasaran "di sini dan sekarang".

This image is no longer relevant

Volatiliti purata bagi pasangan mata wang EUR / USD pada 22 Jun adalah 95 mata. Justeru, nilai penunjuk masih disifatkan sebagai "tinggi", tetapi secara umum, volatiliti adalah semakin menurun. Kami menjangkakan pasangan bergerak antara tahap 1.1081 dan 1.1271 hari ini. Pembalikan indikator Heiken Ashi ke atas akan menandakan pusingan baru pembetulan aliran menaik.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.1108

S2 – 1.0986

S3 – 1.0864

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.1230

R2 – 1.1353

R3 – 1.1475

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang EUR / USD meneruskan pergerakan aliran menurun. Oleh demikian, pada masa ini, pesanan menjual dengan sasaran pada tahap 1.1108 dan 1.1081 tetap relevan sehingga indikator Heiken Ashi muncul, yang akan menunjukkan pembetulan. Adalah disarankan untuk kembali membeli pasangan tidak sebelum penetapan harga di atas moving average dengan sasaran pertama 1.1353 dan 1.1475.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget