empty
 
 
30.06.2020 03:03 AM
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR / USD. 30 Jun 2020. "Ayunan" berterusan. Tumpuan kembali ke arah Coronavirus. Kebimbangan pasaran bukan terhadap gelombang kedua wabak ini, tetapi gelombang kedua langkah kuarantin dan "lockdowns"

Carta masa 4-jam

This image is no longer relevant

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menaik.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menaik.

Moving Average (MA) (20; lancar) - mendatar.

CCI: -63.5571

Sekiranya dalam tempoh beberapa hari yang lalu kita meragukan bahawa pasangan mata wang euro / dolar dapat bergerak dengan mendatar kerana terdapat cukup banyak faktor teknikal yang mendorong permulaan aliran menurun yang baru, kini kita dapat mengatakan dengan yakin bahawa sebut harga euro / dolar diperdagangkan di saluran mendatar. Sebelum ini, pasangan ini sekali lagi gagal untuk meneruskan pergerakan menurun, jadiperalihan pergerakan menaik telah dibentuk dan pusingan pergerakan menaik baru dimulakan dengan penembusan baru dari garis moving average, yang berakhir dengan sangat pantas. Pada masa yang sama, tinjauan mata wang Eropah tetap tidak jelas, berikutan daripada tiada berita positif dari Eropah pada masa kini. Namun, keadaan di Amerika pada masa kini tidak dapat ditafsirkan sebagai "positif". Kenyataannya adalah bahawa dalam tempoh beberapa minggu yang terakhir, masalah "wabak coronavirus" kembali menjadi permasalahan yang kritikal. Paling tidak, inilah yang dipercayai oleh kebanyakan para penganalisis dan wakil sektor penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa gelombang pertama masih tidak berakhir di Amerika Syarikat. Sama seperti negara-negara yang lebih berwaspada di mana tidak secara tergesa-gesa untuk menghapuskan langkah-langkah sekatan dan kuarantin, dan kerajaan berpandangan jauh yang tidak hanya memikirkan pilihan raya dan penilaian politik yang akan datang, tiada penurunan dalam kadar pertumbuhan virus di Amerika . Faktor ini merupakan punca mengapa Amerika Syarikat tetap berada pada kedudukan pertama di dunia dari segi jumlah penyakit. Ini bukan soal mengenai jumlah ujian yang dilakukan atau ukuran populasi negara. Dan negara itu mungkin tidak perlu mengatakan apakah yang mengancam "lockdown" berulang.

Pada hari perdagangan pertama dalam tempoh seminggu, tiada laporan atau peristiwa penting di Eropah atau Amerika Syarikat. Di Jerman, indeks harga pengguna untuk bulan Jun diterbitkan, di mana adalah lebih baik berbanding dari nilai ramalan dan berjumlah sebanyak 0.9% tahun ke tahun. Namun, senario ini tidak menghairankan, sejak ekonomi Eropah mula pulih, dan Eropah telah berjaya menghentikan penyebaran jangkitan dengan bantuan langkah-langkah kuarantin yang ketat. Walaupun di negara-negara yang paling terjejas dijangkiti wabak, seperti Itali dan Sepanyol, peningkatan harian dalam kes baru adalah minimum. Oleh demikian, ekonomi Eropah kini sepenuhnya dapat menuju ke arah laluan pemulihan, walaupun Christine Lagarde menjangkakan ia akan menyusut hampir 9% pada akhir tahun 2020, sementara di Amerika mereka menjangkakan penurunan sebanyak 5-6%. Namun, masa depannya masih bergantung terhadap hasil memerangi jangkitan "coronavirus". Sekiranya gelombang kedua penyakit ini bermula di Eropah, maka pertumbuhan KDNK Eropah akan menjadi perlahan.

Pada masa yang sama, setelah berehat panjang, ketua epidemiologi Amerika Syarikat Anthony Fauci telah ke udara, yang mengatakan bahawa keadaan dengan "coronavirus" di Amerika Syarikat mulai menjadi sangat serius. Anti-rekod untuk jumlah kes baru dikemas kini setiap hari di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, ramai pegawai kesihatan percaya bahawa jumlah sebenar orang yang dijangkiti di Amerika Syarikat jauh lebih tinggi berbanding jumlah rasmi. Secara umumnya, semua keadaan ini tidak menambahkan keyakinan terhadap pembeli mata wang AS. Setakat ini, dolar tidak berada di bawah tekanan yang ketara, tetapi dalam niaga hadapan, sekairnaya COVID-2019 secara terus menyebar ke seluruh AS pada kadar yang sama, ia akan mempengaruhi ekonomi AS. Justeru, indikator makroekonomi negara mungkin secara terus menurun dan bukannya kepada pemulihan.

Sementara itu, Donald Trump tidak dapat hidup dengan tenang dalam sehari tanpa skandal. Pada 28 Jun, Donald Trump menyiarkan video salah seorang penyokongnya di laman Twitternya, yang dengan jelas menunjukkan seorang lelaki kulit putih menjerit ungkapan "Kekuatan Putih" beberapa kali. Fakta bahawa Presiden Amerika dengan sengaja membuat retweet video ini ke halamannya bermaksud bahawa beliau bersetuju dengan apa yang berlaku dalam video tersebut. Secara semula jadi, skandal perkauman baru segera terungkap di rangkaian, dan video itu dihapus beberapa jam kemudian. Rumah Putih segera menjelaskan bahawa Donald Trump tidak memperhatikan nyanyian serta kata-kata bersifat rasis perkauman dan tidak menyokongnya. Namun, kebanyakan warga Amerika yang tidak mendorong dasar Trump segera menyimpulkan bahawa presiden itu mempunyai kecenderungan rasis. Sejujurnya, kami terus percaya bahawa Trump melakukan segala yang mungkin untuk tidak dipilih semula sebagai presiden pada bulan November 2020 ...

Pada hari perdagangan kedua dalam tempoh seminggu, Kesatuan Eropah dijadualkan untuk menerbitkan indeks harga pengguna untuk bulan Jun dalam anggaran awal. Adalah dijangkakan bahawa indikator utama dari segi tahunan adalah sebanyak 0.1%, sementara indikator asas (tidak termasuk harga makanan dan tenaga) mungkin mencatatkan sebanyak 0.8% tahun ke tahun, di man secara terus perlahan. Walau bagaimanapun, acara yang jauh lebih penting dan paling utama dirancang untuk separuh kedua hari ini, apabila AS akan menjadi tuan rumah kepada ucapan ketua Rizab Persekutuan Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin. Secara umumnya, adalah tidak diketahui apakah yang akan diperkatakan oleh dua ahli kewangan utama negara ini, tetapi senario ini adalah sangat berpotensi kepada perucapan yang penting. Kami terus berpendirian bahawa dalam keadaan semasa, Mnuchin dan Powell tidak dapat memberitahu pasaran selain perkara negatif. Yang pasti, kedua-dua ahli ekonomi akan menyentuh topik pakej pembiayaan baru untuk ekonomi AS, dan juga topik "coronavirus", yang dapat menyebabkan kemerosotan baru dalam ekonomi. Sekiranya ucapan mereka terlalu "dovish", dolar AS mungkin akan terus menurun, di mana bermula pada awal minggu perdagangan baru. Juga dijadualkan untuk sesi perdagangan AS adalah ucapan disampaikan oleh Naib Presiden ECB Luis de Guindos, di mana pada gilirannya, dapat berkongsi tinjauan dan ramalan yang berkaitan dengan ekonomi Eropah.

This image is no longer relevant

Purata volatiliti pasangan mata wang euro / dolar pada 30 Jun adalah sebanyak 76 mata dan dicirikan sebagai "purata", tetapi secara umumnya, volatiliti secara terus menurun. Kami menjangkakan pasangan bergerak hari ini antara tahap 1.1153 dan 1.1305. Pusing baru indikator Heiken Ashi ke atas akan memberi isyarat pergerakan menaik yang baru, di mana adalah mungkin di dalam saluran mendatar.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.1230

S2 – 1.1108

S3 – 1.0986

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.1353

R2 – 1.1475

R3 – 1.1597

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang EUR / USD berjaya mengubah arah pergerakan dua kali sepanjang hari lalu dan akhirnya kembali stabil di bawah garis moving average. Oleh demikian, pada masa ini, kedudukan pendek (pesanan menjual) dengan sasaran tahap 1.1153 dan 1.1108 adalah relevan, yang disarankan untuk tetap terbuka sehingga indikator MACD muncul. Pada masa yang sama, terdapat kemungkinan kenaikan harga dari tahap 1.1170 - paras minimum tempatan sebelumnya. Adalah dicadangkan untuk kembali membeli pasangan tidak sebelum menetapkan harga di atas moving average dengan sasaran pada tahap 1.1305 dan 1.1353, tetapi sasaran ini sangat hampir, dan kebarangkalian pergerakan mendatar adalah tinggi.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget