empty
 
 
07.07.2020 12:00 PM
Pasangan mata wang EUR / USD, GBP / USD dan AUD / USD: Suasana kenaikkan harga euro mungkin berubah tidak lama lagi. Pound sedang menunggu penerbitan laporan Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak yang seterusnya. Dolar Australia mungkin meneruskan aliran menaik.

Euro meneruskan kenaikan di tengah-tengah laporan bahawa Fed mengekalkan dasar monetari agresif, di mana akan meningkatkan permintaan untuk aset berisiko. Di samping itu, dolar melemah kerana ketidakpastian mengenai pilihan raya presiden AS yang akan datang.

This image is no longer relevant

Peningkatan data mengenai sektor perkhidmatan AS telah menyebabkan gelombang pertumbuhan baru dalam euro berbanding dolar AS. Kebanyakkan pedagang menjangkakan bahawa krisis yang disebabkan oleh coronavirus akan segera berkurangan, dan laporan terbaru, termasuk yang berlaku di sektor pembuatan, mengesahkan senario ini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh IHS Markit, indikator aktiviti di sektor perkhidmatan AS pulih pada bulan Jun 2020, tetapi masih kekal di wilayah negatif di bawah bacaan 50 mata. Malangnya, penghapusan sekatan kuarantin baru-baru ini, serta pembukaan ekonomi, telah menyebabkan tercetusnya wabak baru COVID-19 di banyak negeri, dan ini akan memberi kesan negatif terhadap data aktiviti pada musim panas ini. Laporan itu menunjukkan bahawa PMI akhir untuk sektor perkhidmatan AS terhad kepada angka bacaan 47.9 mata pada bulan Jun, meningkat berbanding nilai awal sebanyak 46.7 mata. Ahli ekonomi menjangkakan data tersebut akan diterbitkan sama seperti ramalan awal. Walaupun demikian, nilai indeks di atas bacaan 50 menunjukkan peningkatan aktiviti, sementara nilai di bawah bacaan 50 menunjukkan penurunan aktiviti. Peningkatan aktiviti yang selanjutnya pada masa kini tidak hanya bergantung pada pembukaan kembali perusahaan, tetapi juga pada pemulihan permintaan pengguna, yang dapat menurun dengan ketara sekiranya jumlah jangkitan coronavirus secara terus meningkat.

Sementara itu, ISM juga menerbitkan laporan mengenai sektor bukan pembuatan AS, yang menunjukkan bahawa pada bulan Jun 2020, PMI meningkat dari angka bacaan 45.4 mata menjadi kepada 57.1 mata. Ahli ekonomi menjangkakan indeks hanya meningkat kepada angka bacaan 50.1 mata. Bagi sub-indeks, pesanan baru meningkat menjadi 61.6 mata, sementara pekerjaan hanya mencapai 43.1 mata, yang kekal di wilayah pengurangan. Walaupun begitu, semua aspek bertambah baik, yang memberikan sokongan yang positif kepada ekonomi. Di samping itu, Dewan Persidangan mengubah indeks aliran pekerjaan semalam, di mana mengubah menjadi 45.27 untuk bulan Mei, sementara pada bulan Jun sudah berada pada bacaan 49.05 mata. Ini menunjukkan peningkatan keadaan di pasaran buruh.

This image is no longer relevant

Oleh demikian, untuk gambaran teknikal semasa pasangan mata wang EUR / USD, kesinambungan aliran menaik akan bergantung pada bagaimana kenaikan harga tahap sokongan 1.1290. Sekiranya pergerakan berjaya mengekalkan kawasan ini, pasangan mata wang EUR / USD akan melihat gelombang pertumbuhan baru dalam carta perdagangan, yang akan membawa pada pengulangan ujian tinggi dan penembusan semalam, mendorong harga ke tahap 1.1390 dan 1.1430. Tetapi sekiranya harga bergerak ke tahap 1.1290, pedagang tidak perlu panik, kerana tahap sokongan 1.1250 masih tersedia, di mana sempadan bawah saluran menaik yang terbentuk pada 1 Julai berlalu.

Pasangan mata wang GBP / USD

Bagi pound Britain, mata wang secara terus diperdagangkan di tengah-tengah peningkatan data PMI komposit di sektor pembuatan UK. Laporan yang diterbitkan semalam menunjukkan bahawa PMI untuk sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan di United Kingdom meningkat kepada angka bacaan 39.8 mata pada bulan Jun, meningkat daripada 32.0 mata pada bulan Mei. Namun, bacaan masih di bawah nilai 50 mata, yang menunjukkan penurunan aktiviti.

Sementara itu, Menteri Kewangan Rishi Sunak dijadualkan untuk menyampaikan laporan pada hari esok, di mana beliau akan membincangkan masalah semasa yang dihadapi oleh UK berkaitan dengan pekerjaan dan faedah kecemasan. Program yang dijangka akan dilanjutkan pada hari esok, yang akan menghadkan lonjakan dan memperlahankan pengangguran di masa depan.

Oleh demikian, untuk gambaran teknikal pasangan mata wang GBP / USD, semuanya tetap tidak berubah, di mana tahap rintangan 1.2530 masih menghalang kenaikan harga pasangan. Sekiranya harga berjaya mengatasi tahap tersebut, pasangan akan melonjak dan mungkin mengemas kini tahap tinggi pada kawasan 1.2610 dan 1.2680. Tetapi sekiranya tiada pembelian aktif pada tahap tinggi minggu lalu, lebih baik menunggu ujian tahap sokongan 1.2440 untuk memastikan bahawa pemain besar hadir di tahap ini. Sementara itu, sasaran penurunan harga adalah menembusi tahap 1.2440, kerana senario itu akan menyebabkan penjualan cepat pasangan mata wang EUR / USD di kawasan rendah 1.2385 dan 1.2320.

Pasangan mata wang AUD / USD

Hari ini, RBA mengumumkan bahawa pihaknya akan membiarkan kadar faedah utamanya tidak berubah pada catatan 0.25%, yang menyebabkan sedikit pengukuhan pasangan mata wang AUD / USD. Senario itu juga akan mempertahankan sasaran tahap hasil bon kerajaan 3 tahun pada catatan 0.25%, dengan mengatakan bahawa dasar lembut akan dilaksanakan selama yang diperlukan. Di samping itu, semasa ucapannya, Gabenor RBA Philip Lowe mengatakan bahawa tahap ketidakpastian ekonomi akan tetap meningkat disebabkan oleh pandemik coronavirus, berikutan daripada beberapa wilayah penting di negara ini masih melihat risiko besar pengembalian semula wabak dan pengenalan kembali langkah-langkah sekatan. Oleh demikian, ahli lembaga tidak akan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar faedah sehingga kemajuan terhadap sasaran pekerjaan penuh telah dicapai.

This image is no longer relevant

Data mengenai aktiviti di sektor perkhidmatan Australia yang baru diterbitkan, serta keyakinan pengguna, mengesahkan tindakan dan pendekatan RBA. Berdasarkan laporan, indeks aktiviti perkhidmatan Australia jatuh kepada bacaan 31.5 mata pada bulan Jun, menunjukkan penurunan aktiviti yang ketara. Keyakinan pengguna juga menurun sebanyak 1.0% sepanjang minggu, dan laporan tersebut menunjukkan bahawa sub-indeks penilaian keadaan ekonomi semasa menurun sebanyak 2.2%, sementara penilaian keadaan ekonomi masa depan susut sebanyak 2.7%.

Oleh demikian, pada gambaran teknikal pasangan mata wang AUD / USD, aliran kenaikan akan berterusan walaupun penembusan harga pada tahap rintangan 0.6960. Senario ini akan membawa kepada kenaikan tahunan baru di kawasan 0.7065, atau mungkin pembaharuan, melonjak ke tahap 0.7105 dan 0.7180. Tetapi sekiranya berlaku pembetulan aliran menurun, sokongan besar dapat dilihat pada tahap 0.6840.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget