empty
 
 

Pada tanggal 28 Julai 2019, Instaforex menganjurkan sebuah acara kewangan berprestij untuk rakan niaga dan Introducing Broker (IB): Persidangan Kemuncak Rakan Niaga InstaForex dan IB.

Acara ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Hotel Marina Bay Sands, Singapura. Salah sebuah hotel yang bertaraf lima bintang - bangunan yang juga mendapat jolokan "Wonder of the World". Pilihan lokasi acara ini adalah hasil daripada pemilihan yang teliti. Ia dibina menggunakan penyelesaian teknologi terbaru - sama seperti syarikat Instaforex yang komited dalam mencari mencari penyelesaian yang menarik menggunakan teknologi tertinggi untuk para pelanggan dan rakan niaganya hari ini.

InstaForex Partner dan IB Summit di Singapura

Sidang kemuncak ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama acara ini memberikan fokus kepada perkembangan terbaru yang diperkenalkan selama 2 tahun terakhir untuk pelanggan dan rakan kongsi dan IB, terutamanya. Semasa bahagian acara ini, para tetamu berpeluang untuk mengikuti aktiviti perkongsian dan mengetahui bagaimana menggunakan kelebihan unik baru Instaforex untuk perniagaan IB yang berjaya. Bahagian seterusnya dikhaskan untuk perincian kerja seperti bonus-bonus, sistem forexcopy dan pamm, dan lain-lain lagi perkhidmatan lain. Rakan niaga secara aktif mengambil bahagian dalam perbincangan dan bertanyakan pelbagai soalan secara langsung kepada wakil-wakil Instaforex pada acara tersebut.

Bahagian utama acara itu berakhir dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Selepas itu, peserta persidangan dibawa ke melawat salah satu tarikan utama di Singapura - sebuah taman moden yang paling luas dan indah di negara itu, di mana para tetamu berpeluang untuk menikmati keindahan alam eksotik dan pertunjukan cahaya muzik - Garden Rhapsody. Rakan niaga InstaForex dapat dibezakan dengan mudah melalui beg berserta logo syarikat - salah satu kejutan yang menyenangkan dan hadiah-hadiah lain yang disediakan oleh pihak syarikat.

Selepas bersiar-siar melihat pemandangan menarik di taman tersebut, peserta acara kewangan telah menghabiskan waktu malam mereka di Rise, salah sebuah restoran paling mewah di Singapura, di mana mereka berpeluang merasai masakan kebangsaan pelbagai negara.

Kali ini, syarikat diwakili oleh pasukan besar termasuk pengurus atasan syarikat dan skuad besar pengurus dari jabatan perkongsian yang bercakap dalam bahasa yang berbeza. Oleh itu, semasa acara berlangsung, terdapat suasana mesra dimana ia membuatkan kesemua peserta merasa seperti sebahagian daripada komuniti besar Instaforex. Setiap rakan niaga berpeluang untuk berbincang dengan pengurus atasan dari ibu pejabat atau pengurus lain, berkomunikasi dalam bahasa ibunda. Selain itu, acara tersebut membolehkan rakan niaga untuk menjalinkan hubungan rapat bukan hanya dengan wakil ibu pejabat dan jabatan perkongsian, tetapi antara satu sama lain juga untuk kerjasama termasuk mengembangkan perniagaan ke negara lain.

Selain itu, tetamu juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam persidangan kewangan ShowFx World, acara utama dalam bidang pelaburan dan perdagangan. Tahun ini, pameran tersebut telah diadakan sehari sebelum sidang kemuncak. Broker berpengaruh, ahli dunia kewangan serta pedagang terkenal turut hadir ke acara ini untuk berkongsi pengalaman dan idea mereka.

InstaForex Partner dan IB Summit di Singapura

Secara keseluruhannya, lebih daripada 40 orang dari seluruh pelosok Asia telah menghadiri ke sidang kemuncak di Singapura. Mungkin kita tidak perlu menyebutkan bahawa semua kos perjalanan dan perbelanjaan peserta termasuk tiket penerbangan dan penginapan ditanggung sepebnuhnya oleh syarikat InstaForex - ia tidak boleh berbeza!

Instaforex merancang untuk mengadakan acara seperti ini dengan lebih kerap memandangkan kami sedar betapa pentingnya pertemuan tersebut untuk rakan niaga dan sangat menghargai kerjasama mereka dalam pembangunan bersama. Oleh itu, sesiapa yang ingin menjadi rakan niaga atau IB Instaforex sebenarnya mempunyai peluang yang luar biasa untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Instaforex dan turut serta dalam acara-acara di seluruh dunia.

InstaForex ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada peserta yang telah menghadiri ke sidang kemuncak kewangan di Singapura. Kami akan berbesar hati untuk bertemu dengan anda lagi dalam acara kewangan yang seterusnya.

loader

Photo Gallery

Mulakan langkah pertama menuju matlamat anda
Buka akaun
Kembangkan kemahiran dagangan anda tanpa perlu merisikokan wang anda
Pembukaan akaun demo
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget