empty
 
 
31.10.2022 09:57 AM
GBP/USD: Pelan dagangan sesi Eropah pada 31 Oktober. Laporan COT. Pound terperangkap dalam saluran

Beberapa isyarat kemasukan pasaran yang baik telah dibentuk pada Jumaat lalu. Mari lihat carta 5 minit dan perhatikan apa yang telah berlaku. Saya memberi perhatian kepada tahap 1.1538 dalam ramalan sebelah pagi saya dan menasihatkan pedagang membuat keputusan untuk memasuki pasaran di sana. Selepas menembusi dan membuat ujian terbalik dari bawah tahap 1.1538, isyarat untuk kemasukan pesanan menjual telah terbentuk, yang mengakibatkan pound bergerak turun sebanyak kira-kira 30 mata. Walau bagaimanapun, kami tidak mencapai sokongan seterusnya yang ditetapkan. Pound kembali diniagakan ke tahap 1.1560 pada sebelah petang, tetapi gagal untuk menembusinya pada kali pertama. Kegagalan untuk menyelesaikan pada 1.1560 mengakibatkan pembentukan isyarat menjual dan pergerakan turun sebanyak 35-pip. Kemudian pada pertengahan sesi AS, penembusan dan ujian menurun 1.1560 membentuk titik masuk untuk pesanan membeli, akibatnya pasangan mata wang ini melonjak naik kira-kira 50 mata.

This image is no longer relevant

Membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD:

Sebilangan besar laporan statistik di UK dijadualkan akan dikeluarkan pada minggu ini, dan hari ini hanya sebagai permulaan. Tidak mungkin laporan mengenai perubahan dalam jumlah bekalan wang agregat M4, bilangan permohonan yang diluluskan untuk pinjaman gadai janji dan jumlah pinjaman bersih kepada individu akan memberi kesan ke atas poud, tetapi, sebaliknya, ini bagus untuk kenaikan harga: anda boleh mengharapkan kesinambungan pasaran kenaikan harga dan menembusi tahap tinggi bulanan baharu. Satu-satunya perkara yang perlu diingatkan ialah hari ini adalah hari terakhir untuk bulan Oktober, dan tidak mungkin ada di antara pedagang yang ingin membeli pound secara agresif menjelang mesyuarat penting Rizab Persekutuan minggu ini. Jika pasangan mata wang ini menurun, membentuk penembusan harga palsu dalam kawasan sokongan terdekat pada 1.1560 akan memberikan isyarat kemasukan pesanan membeli untuk memulihkan dan mengemas kini tahap rintangan 1.1622, yang dibentuk berdasarkan Jumaat lepas. Penembusan dan ujian menurun julat ini boleh mengubah keadaan secara dramatik, membenarkan kenaikan harga untuk membina arah aliran menaik yang lebih kuat dengan prospek untuk mengemas kini 1.1683 dan penembusan selanjutnya ke tahap 1.1722. Sasaran paling jauh ialah pada tahap 1.1757, di mana saya mengesyorkan anda untuk menetapkan keuntungan.

Jika kenaikan harga tidak mengatasi tugasan yang ditetapkan dan terlepas tahap 1.1560, di mana Moving Average memihak kepada mereka, maka pasangan mata wang ini akan segera berada di bawah tekanan. Dalam kes ini, saya menasihati anda untuk membeli hanya pada penembusan harga palsu di kawasan 1.1505. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD serta-merta untuk lantunan harga daripada tahap 1.1470, atau lebih rendah lagi - sekitar 1.1432 dengan mengandaikan membetulkan harga sebanyak 30-35 mata dalam sehari.

Membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD:

Kejatuhan, sebagai permulaan, akan cuba mengekalkan pasangan mata wang ini berdagang dalam saluran mendatar, yang telah dibentuk pada penghujung minggu lepas, selepas percubaan mereka yang tidak berjaya untuk menetap di bawah tahap 1.1560. Jika statistik yang saya nyatakan di atas ternyata sangat mengecewakan, maka penurunan harga akan mempunyai peluang untuk menembusi tahap 1.1560 dan mempunyai pergerakan menurun yang lebih besar pada akhir bulan ini. Walaupun begitu, senario terbaik untuk membuka pesanan menjual dalam keadaan semasa adalah penembusan harga palsu dalam kawasan rintangan 1.1622. Ini akan membolehkan kami mendapat titik masuk yang baik dengan sasaran untuk bergerak ke tahap sokongan 1.1560. Ujian penembusan dan terbalik dari bawah ke atas julat ini akan menjadi persediaan yang baik untuk kembali ke sempadan bawah saluran mendatar ke kawasan 1.1505. Sasaran paling jauh adalah kawasan 1.1470, di mana saya mengesyorkan anda untuk menetapkan keuntungan.

Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD berkembang dan penurunan harga tidak aktif pada 1.1622, kenaikan harga akan terus memasuki pasaran, bergantung pada pembentukan arah aliran menaik. Ini akan menolak pasangan mata wang GBP/USD ke kawasan 1.1683. Hanya penembusan harga palsu pada tahap ini akan memberikan titik masuk pesanan menjual dengan sasaran untuk bergerak ke arah bawah. Jika pedagang tidak aktif di sana, saya menasihatkan anda untuk menjual pasangan mata wang GBP/USD serta-merta untuk lantunan semula harga daripada tahap 1.1722, bergantung pada lantunan semula menurun pasangan mata wang sebanyak 30-35 mata dalam sehari.

This image is no longer relevant

Laporan COT:

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 18 Oktober mencatatkan pengurangan mendadak dalam pesanan membeli dan peningkatan dalam pesanan menjual. Peletakan jawatan Perdana Menteri Britain Liz Truss dan pelantikan Rishi Sunak untuk mengantikan jawatannya memberi kesan positif ke atas pound British, tetapi peningkatan inflasi di UK tidak membenarkan pelabur untuk percaya sepenuhnya bahawa ekonomi akan dapat menanggung semua yang menanti. Ia dalam masa terdekat: peningkatan dalam krisis kos sara hidup, peningkatan dalam krisis tenaga dan kadar faedah yang tinggi. Juga, terdapat penurunan mendadak dalam jualan runcit paling baru-baru ini di UK - enjin utama pertumbuhan ekonomi, yang sekali lagi mengesahkan fakta bahawa isi rumah mempunyai masalah yang serius disebabkan oleh harga yang tinggi, tidak menggalakkan sebarang keinginan untuk membelanjakan wang tambahan. Sehingga pihak berkuasa UK menangani masalah dan mencari jalan keluar dari situasi semasa, tekanan terhadap pound akan berterusan. Laporan COT terkini menunjukkan bahawa kedudukan belian bukan komersial berkurangan sebanyak 8,651 kepada 40,328, manakala pesanan menjual bukan komersial meningkat sebanyak 3,390 kepada 91,539, menyebabkan sedikit peningkatan dalam pesanan bersih bukan komersial negatif kepada -51,211 berbanding -39,170. Harga penutup mingguan meningkat dan berjumlah 1.1332 berbanding 1.1036.

This image is no longer relevant

Isyarat Indikator:

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan dalam Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan sifat pasaran mendatar menjelang pengumuman data penting.

Moving averages

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Sekiranya pasangan mata wang ini melemah, sempadan bawah indikator sekitar tahap 1.1560 akan bertindak sebagai sokongan.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget